Pages

Wednesday, October 9, 2013

SENJATA YANG DIGUNAKAN UNTUK BERPERANG DAHULU KALA

Meriam
Lela Rentaka Ukiran Naga
Pemuras
Keris
 Meriam-meriam lela pula sememangnya tidak asing lagi malah kepulauan Melayu pada ketika itu sudah pun mempunyai kilang-kilang membuat senapang dan meriam yang terkenal dirantau Asia Tenggara. Sebagai contoh, di Terengganu di Semenanjung, Grisek di Jawa danMinangkabau di SumatraNewbold juga mencatatkan bahawa kilang senapang pernah wujud di Aceh. Antara nama-nama gelaran bagi meriam-meriam melayu ini adalah Rantaka, Ekor Lotong, Jala Rambang dan Lela seterusnya mencatatkan bahawa senjata-senjata api ini sememangnya tidak asing dengan orang-orang Melayu malah untuk melihat seorang lelaki melayu dengan senapang-senapang tersisip kemas ditangannya adalah bukan perkara yang aneh malah menjadi kelaziman. Cerobong mulut enapang-senapang ini selalunya diukir dengan ukiran-ukiran mulut harimau atau ular.


Matchlocks di atas itu adalah Istinggar Melayu dari kurun ke 18

Istinggar Melayu










 Matchlock adalah sejenis senapang yang mempunyai kancing (locks) yang merupakan moyan kepada senapang patah pada hari ini. Orang melayu memanggilnya Istinggar atau Senapang Kancing Sumbu. Blunderbusses pula sejenis senapang yang mempunyai ukuran lebih pendek dari Matchlock. Orang Melayu memanggilnya Pemuras. Pistol tangan yang lebih pendek pula dipanggil Terakol atau Tarkol yang agak popular dikalangan lanun-lanun dan pedagang-pedagang laut Melayu. Lela pula ada lah meriam-meriam Melayu.



Istinggar Melayu

No comments:

Post a Comment