merentasi zaman.anak melayu melayari zaman.Bak kata pepatah melayu bujur lalu melintang patah,daka daki kudaki jua,patah sayap bertongkat paruh,berpantang ajal sebelum maut.
Saturday, December 24, 2011
Saturday, December 17, 2011
Teromba Adat
Teromba mengisahkan asal usul adat perpatih.Adat perpatih diguna pakai di Negeri Sembilan.
Sunday, December 11, 2011
Sejarah Belanda memasuki perairan Perak
Tanah Melayu pernah dijajah Belanda suatu ketika dulu.Tentera Belanda memasuki Tanah Melayu melalui perairan Perak.Ketika itu pendekar-pendekar Melayu bersiap siaga disetiap perairan Perak.Bak kata pepatah membujur lalu melintang patah daka daki kudaki jua patah sayap bertongkat paruh.Alang-alang meyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
Friday, December 9, 2011
Empayar Srivijaya
Epik Ramayana.Sejarah lampau disaat kegemilangan Empayar Srivijaya.Mengisahkan kisah dewa dewi ketika empayarnya sedang gah diNusantara.
GAYONG
Persilatan Melayu.Silat adalah seni mempertahankan diri bagi orang melayu.Silat bererti elak mengelak,tepis menepis.Perkataan silat berasal dari bahasa Arab iaitu As Shisilati,bermaksud angin didalam badan yang perlu dikawal mengikut setiap pergerakan silat.Silat terdiri daripada bunga&buah.Bunga sembah tersimpan maksud disebalik langkah silat.Buah bererti buah pukulan@buah pelepas,didalam pukulannya juga tersimpan maksud tertentu.Silat adalah Warisan Bangsa Melayu turun temurun.Dizaman dahulu silat digunakan oleh orang-orang melayu untuk mempertahankan tanahair dari dijajah.Bak kata seloka pantun terbang serindit ditengah huma,hinggap mari diatas lantai,minta maaf pada semua bercakap konon pandai batang meranti atas permatang.
Saturday, December 3, 2011
PERJUANGKAN ADAT MELAYU
A'KUM.PERJUANGKANLAH ADAT MELAYU.ADAT YANG ASAL DARI DATUK TEMENGGONG KEMUDIAN KEPADA TUK' PERPATIH NAN SEBATANG.ADAT YANG TERTULIS DI ATAS KERTAS.KE LAUT DATUK TEMENGGONG,KE DARAT TUK 'PERPATIH NAN SEBATANG.BAK KATA PERBILANGAN ADAT TAHU NAN KECIL PADA YANG BESAR,TAHU YANG BESAR PADA NAN TUA,TAHU NAN TUA PADA DULU DULU.KE LAUT BERSALASILAH,KE DARAT BERTEROMBA.
Warisan Adat
video memaparkan asal usul adat.Tegak rumah kerana sendi,tegaknya negeri kerana adat,tegaknya adat kerana bangsa.Setiap bangsa ada sejarah lampau.Seperti bangsa Melayu banyak sejarahnya.Dari sejarahlah tertegaknya negeri.Bak kata adat majlisditepi air,mendesa diperut kenyang.Bumi senang padi menjadi ternak berkembang biak.
Muzium Adat Perpatih
Muzium adat perpatih Negeri Sembilan.Ia juga dikenali Istana Seri Menanti.Yang kuat memakai adat perpatih adalah di Negeri Sembilan.Berbeza dengan negeri-negeri lain yang mengamalkan adat Temenggong.Bak kata adat ke darat berteromba ke laut bersalasilah.Kok air sama disauk,ranting sama dipatahkan,sekepal sama digunungan.Itulah adat yang turun dari datuk.Tok' sembah pada datuk yang kecil hamba punya sembah yang besar hamba punya salam.Salam dari kaki sampai rambut sehelai.Adat atas muafakat,bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat.Raja menobat didalam alam,penghulu menobat di dalam luak,lembaga menobat didalam lingkungannya,orang banyak menobat didalam teratak.(Abdullah Siddik 1975).
Subscribe to:
Posts (Atom)