merentasi zaman.anak melayu melayari zaman.Bak kata pepatah melayu bujur lalu melintang patah,daka daki kudaki jua,patah sayap bertongkat paruh,berpantang ajal sebelum maut.
Saturday, December 3, 2011
Muzium Adat Perpatih
Muzium adat perpatih Negeri Sembilan.Ia juga dikenali Istana Seri Menanti.Yang kuat memakai adat perpatih adalah di Negeri Sembilan.Berbeza dengan negeri-negeri lain yang mengamalkan adat Temenggong.Bak kata adat ke darat berteromba ke laut bersalasilah.Kok air sama disauk,ranting sama dipatahkan,sekepal sama digunungan.Itulah adat yang turun dari datuk.Tok' sembah pada datuk yang kecil hamba punya sembah yang besar hamba punya salam.Salam dari kaki sampai rambut sehelai.Adat atas muafakat,bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat.Raja menobat didalam alam,penghulu menobat di dalam luak,lembaga menobat didalam lingkungannya,orang banyak menobat didalam teratak.(Abdullah Siddik 1975).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment